JPA Scholarship – Program Biasiswa Komanwel New Zealand
PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA KOMANWEL NEW ZEALAND TAHUN 2020
1.Calon perlu berumur tidak melebihi 39 tahun pada 1 Oktober 2020.
2.Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur Biasiswa Komanwel New Zealand. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan www.nzscholarships.govt.nz
3.Calon perlu memohon secara online melalui laman web http://esilav2.jpa.gov.my.
4.Bagi calon bukan kakitangan Kerajaan (swasta, pelajar, tidak bekerja), borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan(1 asal dan 1 salinan fotostat) selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020
ke alamat berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
5.Manakala bagi calon yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan (penjawat awam), calon juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam Surat Edaran Pelawaan Kemudahan Program Biasiswa Komanwel New Zealand Tahun 2020.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar sebanyak 2 salinan(1 asal dan 1 salinan fotostat) kepada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan masing-masing.
Pencalonan daripada Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan perlu dihantar ke JPA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020
Advertisement