Senarai Terkini Bantuan Kerajaan Malaysia


Senarai Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat Tahun 2020

Dalam belanjawan 2020, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bajet yang besar untuk dapat melaksanakan Skim Bantuan yang telah diperkenalkan baru-baru ini.Hal ini demikian akan dapat meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi rakyat telah menghadapi krisis kos sara hidup yang tinggi. Antarany adalah seperti berikut :-

1. Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah salah satu langkah besar Kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah rakyat. Bantuan ini adalah dalam bentuk wang tunai dan akan diagihkan melalui beberapa fasa dalam setahun. Bantuan ini akan diberikan kepada beberapa kategori penerima yang layak menerima bantuan ini.Skim bantuan ini juga layak untuk mendapatkan Skim Khairat Kematian yang dibuat di bawah Skim BSH ini.

Cara mohon Klik sini : Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

2.  Program e-Tunai Percuma

Umum mengetahui dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta balik perlaksanaan insentif eTunai Rakyat.

Melalui program ini, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun layak menerima RM30 kredit dompet digital atau eWallet.

Cara Tebus Klik Sini : RM30 Percuma e-Tunai Rakyat

3. Skim mySalam

Di zaman keadaan ekonomi yang serba tidak menentu ini, hasrat kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti golongan B40 diperluaskan dan kita lihat banyak skim-skim bantuan dan perlindungan disediakan untuk rakyat.

Termasuklah program bantuan sokongan yang dikenali sebagai MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful bagi golongan B40.

Cara Mohon Klik Sini : Bantuan Skim mySalam

4. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Dan yang menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

Cara Mohon Klik Sini : Skim Jaminan Kredit (SJKP)

Semoga memberi manfaat kepada tuan/puan . Moga Berjaya!!





(Visited 3,455 times, 1 visits today)