Permohonan MyUPU Online 2021/2022


Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) melancarkan MyUPU, sebuah portal permohonan bersepadu terbaharu untuk kemasukan ke semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata ia bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membuat permohonan tunggal bagi melanjutkan pengajian ke semua IPT dalam negara ke peringkat sarjana muda, asasi, diploma dan sijil mulai sesi akademik 2020/2021.

Katanya, ia termasuk Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

“Sebelum ini permohonan untuk ke Kolej Matrikulasi dan IPG tidak menerusi UPU Online, namun dengan portal

baharu MyUPU tahun ini, permohonan ke semua IPT dibuat menerusi konsep ‘single window, single offer’.

“Tujuannya adalah supaya tiada lagi tawaran bertindih diterima mana-mana pemohon berikutan tahun lalu sebanyak 10,000 tempat ke IPT tidak diisi berikutan ramai pemohon menerima tawaran bertindih dan ini sangat merugikan kerana ada pemohon yang tidak menerima tawaran langsung.

“Kita mempunyai 135,000 kapasiti atau peluang melanjutkan pelajaran ke semua IPT tahun ini dan diharap kesemua tempat itu diisi tanpa tempat yang dibazirkan.

“Menerusi MyUPU, pelajar hanya akan membuat satu permohonan untuk melanjutkan pelajaran di dalam satu portal tunggal sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pemohon melanjutkan pelajaran di samping meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan penempatan pelajar ke dalam program pengajian pilihan mereka, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jom Masuk IPT 2020 (JMIPT 2020)

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manuasia Johor, Aminolhuda Hassan, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Prof Datuk Dr Mohd Saleh Jaafar dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Sementara itu, Nie Ching berkata, penganjuran program Jom Masuk IPT adalah seiring dengan pembukaan permohonan kemasukan pelajar ke IPT awam.

Katanya, permohonan mula dibuka pada 24 Februari sehingga 31 Mac (bagi lepasan SPM)dan 24 Februari sehingga 7 April (bagi lepasan STPM/setaraf) yang boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi MyUPU di http://upu.moe.gov.my.

Mengenai program Jom Masuk IPT 2020 pula,Nie Ching berkata, ia akan diadakan di lapan lokasi seluruh negara dengan program pembukaan diadakan di Persada,Johor Bahru bermula hari ini sehingga esok.

“Selepas ini, program ini akan menjelajah ke Pahang, Kedah, Sabah, Perak, Terengganu, Sarawak dan terakhir di Serdang, Selangor yang dijangka berakhir pada 29 Februari ini.

“KPM menyasarkan kehadiran seramai 230,000 pelajar di kesemua lapan lokasi yang akan memamerkan 100 booth membabitkan 75 wakil termasuk 20 UA,Kolej Matrikulasi selain universiti swasta seluruh negara, ” katanya.

Artikel Berkaitan : Cara Mohon MyUPU Online 2020/2021

Advertisement




(Visited 2,377 times, 1 visits today)