BKC | Bantuan Khas Covid-19 – Cara Mohon dan Tarikh Pembayaran


Kemaskini! Cara Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 2021 | Tarikh dan Jadual Pembayaran | Syarat Permohonan BKC | Semakan Status dan cara Login BKC

Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.

“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.

Jumlah Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Berikut jumlah bantuan yang diumumkan:

  • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
  • Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
  • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Jadual Pembayaran

Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaBulan OgosBulan NovemberBulan Disember
Isi rumah Miskin TegarRM500RM500RM300
Bujang Miskin TegarRM200RM300
 Isi rumah B40RM500RM300
Bujang B40RM200
Isi rumah M40RM250
Bujang M40RM100

Cara Pemohonan Semakan Status Bantuan Khas Covid 19

Semakan status boleh dibuat melalui laman web Bantuan Khas Covid 19 (BKC) bermula 6 September 2021.

1. Layari portal BKC https://bkc.hasil.gov.my

2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.

3. Rujuk menu semakan untuk melihat status pembayaran.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?

Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.

Bilakah bayaran BKC akan dibuat?

Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November, dan Disember mengikut kategori penerima.

Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?

Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021

Info Penting lain Bantuan Pakej PEMULIH 2021 :-

Advertisement




(Visited 48,707 times, 1 visits today)