Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) – RM15 Billion


Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion diadakan bagi membantu rakyat dan ekonomi :

  • ๐ˆ๐๐“๐ˆ๐๐€๐“๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐Œ๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐๐€๐ˆ ๐๐€๐Š๐„๐‰ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ –

๐Ÿ“ŒPM Muhyiddin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion

๐Ÿ“ŒSebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama

๐Ÿ“ŒKerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari

๐Ÿ“ŒPemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini

๐Ÿ“ŒKetelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19

๐Ÿ“ŒKerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta

๐Ÿ“ŒHospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu

๐Ÿ“ŒJawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan

๐Ÿ“ŒMoratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini

๐Ÿ“ŒiSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini

๐Ÿ“ŒJKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak

๐Ÿ“ŒPelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021

๐Ÿ“ŒBayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan

๐Ÿ“ŒPemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

๐Ÿ“ŒPTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac

๐Ÿ“ŒProgram Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor

๐Ÿ“ŒBantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

๐Ÿ“ŒKWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir

๐Ÿ“ŒProgram Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja

๐Ÿ“ŒKerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang

๐Ÿ“ŒProgram Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500

๐Ÿ“ŒKerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus

๐Ÿ“ŒKerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir

-Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin

Sumber: BERNAMA

Moga memberi manfaat kepada semua atas pengumuman Pakej Bantuan PERMAI ini.

Advertisement




(Visited 459 times, 1 visits today)