Permohonan Rumah Mesra Rakyat


Permohonan rumah mesra rakyat SPNB kini dibuka untuk diisi secara atas talian. Rumah mesra rakyat atau RMR adalah satu bantuan berkonsepkan pinjaman dengan SPNB untuk membina rumah di atas tanah sendiri seandainya pemohon memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi Rm5000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/rumah usang/rumah tidak sempurna
  5. Tanah atau tapak rumah yang bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya
  6. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tanah tersebut
  7. Keluasan tanah hendaklah tidak kurang daripada 3600kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  8. Permohonan juga tertakluk kepada peruntukan kewangan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan RMR adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui : http://rmr.spnbonline.com.my | Moga Berjaya

Baca juga : Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Advertisement




(Visited 2,963 times, 24 visits today)