Pengeluaran Simpanan KWSP dari Akaun 1 Sebanyak RM500 Sebulan


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu sehingga RM6,000 untuk tempoh 12 bulan bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.

“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, KWSP akan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP.

Dalam pada itu, bantuan pembayaran pinjaman ditambah baik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.

“Peminjam dalam kategori ini diberi pilihan untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan, atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan,” kata beliau.

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP: BERSASAR RM500 SEBULAN

Baca Juga : Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 dan Syarat Kelayakan

Beliau menambah, peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.

“Untuk peminjam dari golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik,” katanya sambil menambah fleksibiliti-fleksibiliti itu bermula Disember 2020.

Advertisement




(Visited 230 times, 1 visits today)