Jawatan Kosong Guru MARA Gred DG41


Jawatan Kosong Guru MARA 2020

Jawatan kosong ini terbuka kepada calon-calon yang berkelayakan untuk mengajar subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Islam
  • Perakaunan
  • Pendidikan Seni / Seni Visual
  • Sains Komputer
  • Logistik
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Seni Reka Grafik
  • Komputer Multimedia & Animasi

Syarat Lantikan

Syarat lantikan ke jawatan kosong Guru MARA 2020 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf.

Selain itu, pemohon mestilah sihat tubuh badan selain aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Bonus kepada mereka yang memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dansahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khususbidang pengajian yang dipohon) termasuk mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, rekacipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain.

Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dipohon.

Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

Cara Memohon

Taraf jawatan yang ditawarkan berstatus kontrak / tetap.

Permohonan hendaklah dibuat secara online di portal rasmi MARA di https://www.mara.gov.my

Hanya permohonan yang menepati syarat lantikan sahaja akan diproses.

Sekiranya layak, anda akan dipanggil ke ujian penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

Tarikh tutup permohonan pada 13 November 2020.

Untuk info lanjut anda boleh hubungi:

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA 21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR

Senarai Penuh Jawatan Kosong Terkini Klik Sini

Advertisement




(Visited 2,213 times, 1 visits today)