Semakan Keputusan Calon Berjaya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan PPC


Cara Semakan Keputusan Calon Berjaya Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) Ambilan 2021 Dibuka Pada 8 Julai 2021 | Cara Semakan PISMP 2021 | Semakan UKCG 2021 | Biasiswa KPM 2021

Pengumuman Semakan Calon Berjaya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) Ambilan Tahun 2021

Semakan secara dalam talian di https://pismp.moe.gov.my


PERMOHONAN IPG 2021 (PISMP) LEPASAN SPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) 2021 termasuk memaparkan syarat kemasukan, tarikh-tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan :

Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan di khususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Program PPISMP dijalankan selama dua belas bulan dalam dua semester.

Calon yang lulus program PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan selama empat tahun atau lapan semester di IPG.

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS PISMP

Calon hendaklah ;

1. Warganegara Malaysia

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.

3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.

4. Mendapat gred cemerlang Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

5. Mendapat sekurang-kurangnya gred  kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

6. Lulus Bahasa Inggeris.

7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Prosedur Kemasukan 

1. Permohonan secara atas talian https://pismp.moe.gov.my.

2. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) : Ujian Psikometrik + Ujian Kecerdasan Fizikal

3. Temuduga kumpulan + Ujian Amali

4. Pemilihan dan penawaran

CARA PERMOHONAN IPG 2020 ONLINE

1. Pemohon boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari Portal Kementerian Pendidikan Malaysia di  Sini selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.

3. Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

4. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733

MOHON SEKARANG!! MOGA BERJAYA… 

Advertisement




(Visited 3,223 times, 1 visits today)

2 Pingbacks

Comments are closed.