Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Jawatan Kosong DBKL September 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – KONTRAK 3 BULAN

JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) PEMBANTU TADBIR GRED N17
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN
KADAR UPAH : RM54.00 SEHARI
TEMPOH PERKHIDMATAN : TIGA (3) BULAN
WAKTU BEKERJA : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

b) Lulus 6 mata pelajaran iaitu 2 kepujian dan 4 lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijll Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan aplikasi komputer). dan

d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON

i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (apps.dbkl.gov.my/epengambilan) ATAU menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari laman web DBKL.

ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai sijil, diploma atau ijazah luar negara dan dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak pengiktirafan Sijil/ Diploma atau Ijazah di laman web http://pengiktirafan.jpa.gov.my .

**Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan.

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(UNIT PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 11, MENARA DBKL I
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

CATATAN:
(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh Tutup Iklan 13 September 2013

Sumber

Advertisement




(Visited 338 times, 1 visits today)