Cara Mohon, Semak, Kemaskini BPR 2021 [Rayuan BPR Fasa 2 dan 3]


Updated! Permohonan Rayuan BPR 2021 [Fasa 2 dan 3] Di Buka | Semakan Rayuan BPR 2021 | Semakan BPR 2021 Lulus atau Tidak | Check Status Rayuan BPR Fasa 2 #Rayuan Bayaran BPR Fasa 3 #Tarikh Bayaran BPR

CARA MOHON DAN BUAT RAYUAN BPR FASA 2 YANG BERSTATUS TIDAK LULUS

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Untuk info Tuan/Puan, Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei 2021.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Info melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Keduayang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Dalam FAQ tersebut juga dinyatakan bahawa kelayakan tidak semua penerima Fasa Pertama BPR akan menerima baki bayaran Fasa seterusnya BPR 2021 kerana pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Tarikh Permohonan Rayuan BPR Fasa 2

Untuk makluman, anda boleh membuat rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka mulai 15-30 Jun 2021.

Cara Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2 dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
Untuk lebih jelas boleh Tonton Perkongsian dari Youtube ini . Harap Maklum.

Kategori Permohonan / Rayuan BPR Fasa 2

Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut :

Isi Rumah

  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Bujang

  • Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun

Syarat Kelayakan BPR

Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
  • Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

 Kategori Bujang BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

Baca Juga : Cara Daftar, Semak dan Tebus Subsidi Program Jaringan Prihatin

Secara amnya, ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu kemaskini:

#1 Nombor akaun bank terkini

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BPR 2021
  • Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan

#2 Status perkahwinan terkini

  • Jika anda sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BPN 2.0 masih bujang.
  • Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BPN 2.0 masih berkahwin.
  • Bagi BPR Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
  • Untuk maklumat lanjut, sila baca panduan lengkap untuk kemaskini BPR Bujang kepada Berkahwin

#3 Nombor telefon terkini

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BPR 2021
  • Jika gagal untuk kemaskini BPR dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

#4 Maklumat anak terkini

  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BPR juga

Hanya selepas proses kemaskini ini, barulah anda boleh buat semakan BPR 2021 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

Langkah mengemaskini BPR secara online

Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini BPR 2021 dengan maklumat yang terdahulu dari sistem BPN 2.0.

  1. Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  6. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan
  7. Anda akan dapat lihat:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Jumlah Keseluruhan BPR
    • Maklumat Pendapatan
  8. Selepas Papar Borang, buat masa ini tidak ada butang Kemaskini lagi
  9. Sila tunggu sehingga fungsi ini dikembalikan dalam BPR pada masa yang akan diberitahu nanti
  10. Tekan butang Kembali
  11. Jika sudah boleh kemaskini nanti, anda perlu buat Kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah
  12. Maklumat tersebut termasuk:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

Pertanyaan tentang kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini BPR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon BPR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Pastikan ikut langkah-langkah untuk kemaskini BPR seperti yang disarankan. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya permasalahan pada masa akan datang, terutama sekali berkenaan pembayaran.

Selepas selesai semua proses mohon BPR dengan login BPR, barulah boleh buat semakan BPR untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.

Semak, Daftar dan Kemaskini Secara Online Klik Sini

Semoga Berjaya. Good Luck!!

Advertisement




(Visited 69,434 times, 1 visits today)