JPA Scholarship – Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara
TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARATAHUN 2021
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Dalam Negara.
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2021 merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 460 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
PERMOHONAN PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2021
Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020 untuk memohon penajaan Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2021.
Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka bermula 14 Jun 2021 (jam 5.00 petang) sehingga 23 Jun 2021 (jam 5.00 petang).
Hanya pelajar yang disenaraikan di Senarai Calon LSPM Tahun 2021 sahaja dibenarkan untuk memohon program ini.
=> Senarai Calon Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) Tahun 2021
=> Iklan LSPM
=> FAQ LSPM
=> Sila klik di sini untuk memohon
Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan LSPM Tahun 2021 akan diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu :
Tarikh: 11 sehingga 23 Jun 2021 (setiap hari bekerja)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan google meet: https://meet.google.com/axz-ojpu-fwe.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke lepasanspm2021@jpa.gov.my
(emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).
Permohonan dibuka secara atas talian (online) | Mohon Segera!!
iNFO Penting Lain :-
- Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM Sesi Akademik 2021/2022
- Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM
- Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online
- Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online
- Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)