Apa Itu Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ?
Dalam pembentangan bajet 2012 semalam,PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM) yang lama , sietem itu dikenali sebagaiĀ Sistem saraan baru perkhidmatan awam atauĀ SBPA . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.
SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.
Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.
Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Dengan Sistem SBPA ini,penjawat awam juga dijangka mendapat kenaikan gaji antara 7 hingga 13%.Apapun kita tunggu jawapan terperinci kerajaan mengenai sistem SBPA ini.Harap sistem Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau SBPA yang akan digunapakai bagi menggantikan Sistem gaji lama SSM benar-benar membantu penjawat awam.
Source : Bajet 2012
Advertisement