Senarai Tugas Pegawai Penerangan Gred S41


Deskripsi Tugas:     

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Pegawai Penerangan Gred S41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00RM9,544.00RM225.00
SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
(c)    
(i)ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau  
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau  
(iii) ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau  
(iv) ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)  
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
   
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
   
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 
3.3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan  
(b)had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Baca juga : Contoh Format Resume Lengkap dan Terkini

Baca juga : Tips Menghadapi Temuduga

Advertisement




(Visited 800 times, 1 visits today)