Permohonan dan Semakan Status Bantuan Prihatin Rakyat ( BPR 2021 )


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.

Pendaftaran baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media yang diadakan di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, hari ini.

Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan tersebut adalah;

  • Ianya memanfaatkan 8.1 juta orang.
  • Jumlah peruntukan sebanyak RM6.5 bilion.

Jumlah Bayaran BPR 2021

Jumlah BPR pula adalah seperti berikut:

GOLONGANJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG RM2500 (ANAK 0-1 ORANG)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN KURANG DARI RM2500 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 0-1 ORANG)RM800
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2501 – RM4000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – 5000 (ANAK 0-1 ORANG)RM500
ISI RUMAH PENDAPATAN RM4000 – RM5000 (ANAK 2 ORANG ATAU LEBIH)RM750
BUJANG PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
(BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS)
RM350

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Pembayaran akan dilakukan sebelum Aidilfitri 2021 iaitu pada May 2021.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat

Seperti yang diumumkan LHDN, permohonan akan dibuka pada Januari 2021.

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

Masih tiada link semakan yang dikemaskini oleh LHDN. Kami akan kemaskini jika terdapat pautan untuk anda membuat semakan BPR.

Apakah itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.

Bilakah ianya diperkenalkan?

Ketika pembentangan bajet 2021

Adakah perlu membuat permohonan baharu?

Ianya akan menggunakan database BSH sebelum ini.

Berapakah bantuan yang akan diberi kepada keluarga dan juga bujang?

Boleh lihat jadual yang tertera di dalam artikel ini.

BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.

Advertisement




(Visited 6,307 times, 1 visits today)