Sebab dan Kenapa Gagal Permohonan UPU Online
Apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU? Kepada yang gagal dalam permohonan ke UA/Politeknik, anda masih berpeluang dengan membuat rayuan UPU.
Berikut kami kongsikan kenapa anda gagal mendapat tempat di universiti.
+ Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal
Tawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan pada dasar markah
merit
iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Berikut dikongsikan punca permohonan UPU anda gagal untuk panduan anda:
1. Tidak Menetapi Syarat Khusus Program Yang Dipohon
Perkara utama yang perlu diambil kira adalah syarat program yang
dipohon.
Syarat am untuk kemasukan ke IPTA adalah wajib mendapat
sekurang-kurangnya
5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa
Melayu dan Sejarah.
Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, anda tidak
layak diterima dari mana-mana
IPTA.
2. Menolak Tawaran dan Memohon Semula Melalui e-Rayuan
Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian
bertindak
membuat semula e-rayuan merupakan salah satu faktor permohonan
UPU ditolak.
Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada
pemohon yang langsung
tidak ditawarkan UPU sahaja. Oleh itu, sekiranya
anda masih benar-benar berminat
untuk melanjutkan pengajian ke IPTA,
terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau
gagal dalam permohonan
e-rayuan tersebut.
3. Gagal Dalam Temuduga
Permohonan program yang memerlukan anda menghadiri sesi temuduga
misalnya
program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan.
Sekiranya anda gagal
dalam temuduga itu, secara automatiknya permohonan
anda juga gagal.
4. Tidak Menekan Butang Sah dan Hantar
Pastikan anda menekan pada butang sah dan hantar semasa membuat
permohonan
UPU secara online. Sekiranya, anda tidak menekan butang sah
dan hantar, secara automatik
permohonan anda tidak diterima oleh sistem
UPU. Maka,
permohonan anda dikatakan ‘Gagal’!
5. Memohon Program Pengajian Yang Popular
Bagi yang memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang
tingggi
kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa
bersaing dengan
pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda.
Selalunya program
pengajian popular seperti program perguruan, perubatan
dan kejuruteraan menjadi pilihan
utama pemohon tetapi hakikatnya kuota
pengambilan untuk program seperti ini
sangatlah terhad. Akibatnya, ramai
pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas
dinilai menerusi
kiraan merit.
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 – 8870 8200 atau
laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.
Waktu Bekerja: Bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang
SEMOGA BERJAYA | GOOD LUCK!!
Baca Juga : Senarai Terkini 10 Biasiswa Kerajaan Malaysia Di Sini